:: Utama :: AL-Quran :: Script :: Artikel :: Siapa ? :: Perihal
RegisterSearchFAQMemberlistUsergroupsLog in
TASBIH NABI YUNUS

 
Reply to topic    Forum Waktu Solat Forum Index » Dakwah & Tabligh View previous topic
View next topic
TASBIH NABI YUNUS
Author Message
feezah



Joined: 19 Aug 2009
Posts: 2
Location: kuala lumpur

Post TASBIH NABI YUNUS Reply with quote
Surah Al-Anbiya' : Ayat 87

[87] Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya)
dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan
mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku)
maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya
tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau
(daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari
orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Fadhilat:

Doa/tasbih Nabi Yunus AS semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwudhuk,
kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak
40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud.
Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka
yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan.
Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

Di antara amalan yang mujarab untuk melepaskan bala atau untuk menunaikan
apa-apa hajat; solat hajat 2 rakaat, kemudian selawat ke atas Nabi sebanyak
100 kali, istighfar 100 kali, kemudian bacalah tasbih ini sebanyak 70,000 kali
atau 10,000 kali atau 313 kali. Diamalkan setiap hari selama 7 hari. Insya-Allah
segala hajatnya akan ditunaikan oleh Allah.

http://www.e-jariah.net/feezah

_________________
sentiasa mengingat Allah
Wed Aug 19, 2009 11:33 am View user's profile Send private message Visit poster's website ICQ Number
Display posts from previous:    
Reply to topic    Forum Waktu Solat Forum Index » Dakwah & Tabligh All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to: 
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Design by Vjacheslav Trushkin / Easy Tutorials (phpBB Tutorials).
Color scheme by ColorizeIt!